Sila baca dan fahamkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Garis Panduan Berforum
- Cara-cara Mendapatkan Stiker Myvians
- Ahli Yang Ingin Menjual Produk Baru / Half Cut Kenderaan
1. Sebarang kenyataan berbaur AGAMA, BANGSA & POLITIK serta menyentuh sensitiviti sesama kaum adalah dilarang sama sekali. Sama-sama kita jaga keamanan dan kemakmuran.
2. DILARANG MENJATUHKAN MARUAH, MENYERANG PERIBADI & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli forum yang lain.
3. Kepada semua ahli-ahli yang baru mendaftar, anda DIWAJIBKAN untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu di ruangan ini:
http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?board=29.0
4. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
5. Tidak digalakkan bersembang atau posting ayat yang lari daripada topik utama.
6. Dilarang menggunakan gambar yang berunsur lucah / ganas / provokatif sebagai avatar atau signature.
7. Semua ahli DIWAJIBKAN untuk mengemaskini segala butiran diri dalam profil masing-masing.
8. Ahli-ahli dilarang keras daripada MENGUTUK atau MENGAIBKAN mana-mana pertubuhan, kelab atau kumpulan yang berteraskan sukan permotoran.
9. Kepada ahli-ahli yang ingin membuat sebarang jualan di dalam forum ini, anda DILARANG sama sekali melibatkan penjualan barang-barang yang MENYALAHI UNDANG-UNDANG KERAJAAN MALAYSIA. Topik anda akan dinilaikan dahulu oleh moderator sebelum iklan anda dipaparkan di forum.
10. Jika anda ingin membuat posting/topik baru.Ianya hendaklah di bahagian yang sepatutnya dan tidak membuat topik atau posting yang telah sedia ada anda dinasihatkan menyemak dahulu topik/posting yang lain.
11. Gambar-gambar yang dipaparkan dalam forum untuk tatapan umum haruslah diubahsuai terlebih dahulu. Pastikan saiz yang bersesuaian dan pastikan gambar-gambar tidak mengandungi bahan yang tidak berkenaan/berkaitan dengan myvians. Contohnya sticker kereta dari kelab lain (melainkan aktiviti bersama kelab terbabit)
12. Sila mulakan thread baru jika anda mempunyai topik baru yang ingin dibincangkan. Jangan menumpang thread/topik orang lain. Pastikan anda memulakan thread baru di seksyen yang berkaitan dan bersesuaian sahaja.
13. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
14. DILARANG memberi maklumat peribadi ahli forum secara terbuka melainkan atas kebenaran individu tersebut. Sila gunakan kemudahan PM (Private Message).
15. Pastikan posting anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dll. Atau dalam erti kata lain, tidak dibenarkan memuat turun atau membenarkan sesiapa berbuat sedemikian, sebarang fail yang mengandungi imej, gambar foto, software atau apa-apa material atau bahan yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek, termasuk undang-undang Hakcipta dan tanda niaga melainkan anda memiliki atau mengawal segala hak yang ada dan menerima keizinan untuk berbuat begitu.
16. Tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang iklan berkenaan apa-apa barangan, lelongan atau perkhidmatan samada secara langsung atau tidak langsung dari mana-mana laman web komersil atau organisasi termasuklah nama, alamat, nombor telefon rasmi atau alamat laman web organisasi tersebut tanpa izin dan kebenaran dari pihak pengurusan Myvians. Sila ambil perhatian perkara ini adalah terpakai kepada semua ahli rasmi Myvians yang berdaftar.
17. DILARANG menggunakan Forum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim pyramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
18. Tidak dibenarkan membuat sebarang identiti atau nama samaran (nickname) palsu sebagai tujuan untuk menipu orang lain.
19. Tidak dibenarkan membuat posting, memuat naik, menerbitkan atau menyiarkan apa-apa posting yang tidak berkaitan dengan topic yang dibincangkan.
20. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja software atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
21. Tidak dibenarkan menghadkan atau menghalang pengguna yang lain dari menggunakan Forum ini.
22. Sebarang mesej atau posting yang dibuat di dalam mana-mana bahagian di dalam Forum ini adalah merupakan pendapat individu dan menjadi tanggungjawab individu itu sendiri. Pihak pengurusan Myvians tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana mesej yang dibuat atau ditulis oleh individu tersebut.
23. Pihak pengurusan Myvians; di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran , ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana posting yang di buat di dalam Forum ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu material atau bahan di dalam fORUM ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
24. Pemberian sticker atau logo akan diberikan kepada mereka yang benar-benar KOMITED pada kelab ini supaya kita sentiasa menunjukkan semangat yang membanggakan.
25. Sentiasa menghormati dan mematuhi arahan berkaitan forum yang dikeluarkan oleh Admin, Founder & Moderator.
26. Sebarang urusan jual beli hendaklah menggunakan ruang sembang Kedai Myvians sahaja. Segala promosi menggunakan signature, private message atau di ruangan sembang lain adalah DILARANG SAMA SEKALI. Sebarang percubaan untuk mengiklankan produk anda di section lain akan kami ambil tindakan yang sewajarnya.
*Sekiranya salah satu peraturan diatas TIDAK DIPATUHI, pihak pengurusan Myvians mempunyai kuasa untuk meminda atau memadam terus kenyataan anda. Sekiranya kesalahan yang dilakukan adalah serius, kelayakan anda untuk berforum akan digantung.
Pihak pengurusan Myvians berhak menggantung/melucutkan kelayakan anda berforum atau sebagai ahli Myvians pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
Pihak pengurusan Myvians berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
Pihak pengurusan Myvians berhak melaporkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh ahli Myvians kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat tindakan yang menyalahi Undang-Undang Malaysia.
Pihak pengurusan Myvians berhak meminda Garis Panduan Berforum ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
Dengan mendaftar sebagai ahli forum Myvians, secara automatik anda adalah ahli Myvians.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menyemak Garis Panduan Berforum secara berkala bagi memastikan anda tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Sebagai ahli Myvians atau mengeluarkan kenyataan dalam forum Myvians, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan Berforum Myvians.
Jika anda tidak berpuas hati terhadap mana-mana arahan dan peraturan yang ditetapkan di dalam Forum ini, atau mana-mana terma yang digunakan, anda berhak atau secara eksklusifnya dinasihati untuk tidak terus menggunakan Forum ini.
CARA-CARA MENDAPATKAN STIKER MYVIANS
Bermula 07/08/2007, pemberian sticker bulat myvians (RPM meter) hanya diberi kepada ahli kelab yg memenuhi syarat-syarat berikut :01. Berdaftar dengan Myvians.
02. Memiliki Myvi adalah kemestian.
03. Bagi mendapatkan stiker rasmi kelab, ahli perlu hadir dan mengikuti sekurang-kurangnya tiga(3) Aktiviti Rasmi atau H.O.P (Hang Out Program) yang diadakan secara rasmi oleh ahli-ahli kelab serta dihadiri oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Myvians ataupun wakil rasmi setiap H.O.P mengikut zon.
04. Sticker mestilah dibeli dari salah seorang ahli carta organisasi Myvians atau wakil HOP mengikut zon yang sah.
05. Ahli mestilah bersedia mematuhi segala undang-undang yg ditetapkan oleh Myvians.*
06. Sentiasa aktif serta berdaya maju.
07. Sentiasa menjaga nama Baik Myvians.
* Myvians berhak menarik balik sebarang pemberian dan penjual stiker RPM jika didapati ahli gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta memburuk dan menjatuhkan nama baik Myvians.
** Stiker domain (www.myvians.com) boleh dibeli tanpa perlu memenuhi syarat yang disebutkan di atas.
AHLI YANG INGIN MENJUAL PRODUK BARU / HALF-CUT KENDERAAN / PERKHIDMATAN
Seperti yang anda ketahui, web dan forum Myvians tidak mempunyai sebarang tajaan (sponsorship) daripada sesiapa untuk memastikan web dan forum Myvians terus wujud di internet. Oleh yang demikian kami telah menetapkan untuk mengenakan sedikit bayaran untuk mengiklankan produk anda (sama ada untuk kenderaan atau bukan untuk kenderaan) serta barangan half cut di forum dan web kami. Ini adalah untuk mengisi tabung Myvians supaya web dan forum Myvians dapat dikekalkan selamanya.
Bayaran yang dikenakan :-
1. RM10 untuk pengiklanan 1 produk / servis di forum.
2. RM20 untuk pengiklanan 1 produk / servis di forum beserta banner dan poster barangan di web dan forum.
Sila emailkan butiran berikut seperti yang tertera di bawah kepada kedai@myvians.com beserta bukti pembayaran. Sila masukkan yuran penjualan ke akaun Maybank : 114085771622 - Asrul Hazri
Nama/Jenis Barang:
Pakej Yang Disertakan:
Harga:
Jaminan:
Cara Berurusan/Pembayaran:
Lokasi:
Nama & No Telefon :
Spesifikasi Barang:
Kondisi Barang:
Gambar:
Sebab-Sebab Dijual:
Setelah semua urusan email selesai beserta bayaran, anda akan diberikan akses untuk membuka thread penjualan produk anda di forum (tertakluk kepada bilangan produk yang ingin dijual serta yuran yang telah dibayar). Sebarang percubaan untuk mengiklankan produk anda di section lain akan kami ambil tindakan yang sewajarnya.








1_03.gif)
