PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI MYVIANS

Berikut adalah maklumat sebelum mendaftarkan diri anda sebagai ahli Myvians.

  • Pendaftaran sebagai ahli Myvians adalah terbuka kepada pemilik Myvi, bekas pemilik Myvi atau sesiapa yang ingin membeli Myvi pada masa akan datang.
  • Anda hanya perlu mengisi borang serta mendapatkan stiker keahlian rasmi Kelab Myvians yang berharga RM15.00.
  • Contoh stiker rasmi kelab :-


FAEDAH SEBAGAI AHLI RASMI

  • Akses penuh ke forum Myvians. Ahli yang tidak mempunyai stiker rasmi masih boleh mengakses forum yang terhad sahaja.
  • Memperoleh semua faedah seperti diskaun, harga istimewa, jemputan ke majlis rasmi dan sebagainya yang telah disediakan oleh pihak Panel Myvians.
  • Berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak kelab.


CARA MENDAFTAR

1. Download borang pendaftaran.

Sila download borang di sini. Borang adalah dalam bentuk format Microsoft Excel.


2. Isi dan lengkapkan borang pendaftaran.

Lengkapkan borang pendaftaran beserta gambar (pastikan gambar anda terang dan jelas wajah). Sila sertakan nickname yang ingin anda gunakan di dalam forum. Nombor keahlian anda akan diberikan setelah anda mendaftar login ke forum.


3. Hantarkan borang beserta bayaran stiker.

Hantar borang yang lengkap beserta bukti pembayaran ke alamat email berikut : daftar@myvians.com .

Sertakan juga bayaran stiker kepada akaun berikut :
Maybank : 1141 3242 1249 (Zairi b. Rusli) - zairirusli@gmail.com

Stiker hanya akan diserahkan kepada ahli yang menghantar borang dan telah menjelaskan bayaran. Sila maklumkan kepada Bendahari kelab Dgos : 012-6301637 atau emailkan kepada zairirusli@gmail.com setelah pembayaran dilakukan untuk pengesahan.

Penyerahan stiker akan dilakukan melalui secara pos atau serahan tangan melalui mana-mana aktiviti kelab yang dijalankan ataupun menerusi wakil-wakil yang dilantik. Stiker akan dipos kepada setiap ahli setiap hari Jumaat melalui Pos Malaysia (pos biasa). Pastikan alamat yang diberi adalah betul.


4. Daftar akses ke forum.

Jangan lupa sertakan nickname forum yang ingin anda gunakan di dalam borang pendaftaran.

 

Segala pertanyaan emailkan ke myvians001@gmail.com atau gunakan Contact Us form..

Share |
TinyPortal v1.0 beta 4 © Bloc