http://www.internet-webhosting.com/secure/aff.php?aid=asr64184&promotion=yes

FUTSAL : MYVIANS vs VIVA OWNER CLUB

Tarikh : 12 Julai 2008
Masa : 6.00pm - 7.00pm
Tempat : SportPlanet Sunway / Subang.

Untuk maklumat lanjut, sila ke forum berikut.

FBC INTER CAR CLUB BOWLING TOURNAMENT

Tarikh : 27 Julai 2008
Masa : 10.00am
Tempat : Megalanes Sri Petaling, Endah Parade.

Untuk maklumat lanjut, sila ke forum berikut.

KONVOI MYVIANS PAHANG KE TERENGGANU

Tarikh : 2 & 3 Ogos 2008
Masa : 8.00am
Checkpoint: Taman Kerang Kuantan.

Untuk maklumat lanjut, sila ke forum berikut.

 

Konvoi Majlis Berbuka Puasa Myvians 2008



Salam semua Myvians.

Untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli Myvians dibulan Ramadhan ini Myvians akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa seperti berikut:

Tarikh : 20 September 2008
Masa : 5.30 petang
Tempat : RESTORAN RASA D’TIMUR BARAT, Kajang, Selangor - Manager : Pn. Aziela (Myvians)


Untuk Maklumat Lanjut Sila Rujuk Forum: http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=2671.0

Futsal : Myvians vs 4aeOC - 30 Mei 2008


Setelah sekian lama kegiatan futsal Myvians menyepi kali ini kehangatan berfutsal kembali lagi. Kali ini Myvians dijemput untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab kereta Toyota iaitu 4aeOC. Jemputan bermain futsal ini telah disuarakan oleh saudara Robot iaitu wakil daripada 4aeOC yang juga merupa salah seorang ahli forum ini. Dengan itu perlawanan ini telah sebulat suara untuk diadakan pada hari yang ditetapkan.

Lawatan ke Petrosains Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Fitrah - 25 Mei 2008


Tidak dinafikan, Kelab Myvians adalah antara kelab permotoran yang sering mengadakan pelbagai aktiviti khas untuk ahli-ahlinya bagi mengeratkan lagi semangat kekeluargaan diantara mereka. Antara aktiviti yang sering diadakan adalah seperti aktiviti permotoran, perkelahan, sukan dan sebagainya. Selain dari aktiviti-aktiviti tersebut, aktiviti amal bersama mereka yang kurang bernasib baik juga menjadi antara aktiviti utama di dalam diari Kelab Myvians. Untuk tahun ini, Kelab Myvians telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu aktiviti amal bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Baitul Fitrah, Rawang dengan membuat satu Konvoi Amal dan lawatan sambil belajar Ke Petrosains, KLCC. Untuk makluman, Rumah Amal Baitul Fitrah ini menjadi pilihan Kelab Myvians kerana rumah amal bagi anak-anak yatim ini kurang mendapat bantuan dan tajaan tetap dari mana-mana pihak. Rumah Amal ini hanya mengharapkan bantuan dari orang perseorangan dan penduduk sekitar bagi menyara dan menguruskan kehidupan seharian para penghuninya yang berjumlah seramai 28 orang anak-anak yatim.

Myvians Utara ke Cameron Highland - 17 & 18 Mei 2008

Pada 17 dan 18 Mei 2008, Myvians Utara telah menjayakan satu konvoi ke Cameron Highland. Seawal jam 9.30 pagi, para peserta telah mula tiba di Checkpoint seperti mana yang telah diarahkan sebelum ini. Checkpoint pada kali ini adalah di Perkarangan Limau Bali berhadapan dengan Hotel Hill City Ipoh.

Myvians @ AFOS 2008 - 17 Mei 2008


Pada 18 Mei 2008, Kelab Myvians telah diundang untuk mengadiri dan memeriahkan satu pertandingan permotoran antarabangsa di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Asian Festival Of Speed atau lebih dikenali sebagai AFOS semakin dikenali ramai di rantau Asia dan juga di seluruh dunia sebagai satu pertandingan sukan permotoran utama di rantau ini. AFOS adalah gabungan beberapa siri perlumbaan yang diiktiraf oleh FIA seperti Asian Touring Car Series, Formula V6 Asia, Formula BMW Asia Series dan Porshe Cup Asia Series. Tujuan utama pertandingan seperti ini diadakan adalah bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan permotoran ini di masa akan datang. Antara bintang-bintang sukan permotoran yang telah berjaya dilahirkan melalui pertandingan ini adalah seperti Takuma Sato, Alex Yoong dan Narain Karthikeyan.